Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Trafik yang berat dilaporkan di London kerana kaum Muslim menyambut hari Asyura di dalam rangka memperingati tragedi Karbala.
Ramai peserta dilaporkan telah berkumpul untuk berarak di Oxford Street sambil membawa sepanduk yang mengutuk keganasan.
Jalan di Marble Arch juga ditutup sempena perarakan yang memperingati kesyahidan cucunda nabi iaitu Imam Hussein.
Pelakon Hollywood yang terkenal juga dilaporkan telah mengambil bahagian di dalam majlis peringatan tersebut dengan menyertai perkumpulan orang Muslim di masjid Al-Khoie Faoundation yang terletak di Queen's Park.
Freeman pernah memainkan watak Tuhan di dalam filem 'Bruce Almighty' dan sekuelnya 'Evan Almighty'.
Morgan Freeman sertai upacara memperingati tragedi Asyura
Pelakon Hollywood Sertai Majlis Asyura Di London
12 Oktober 2016 - 17:34
News ID: 785053
Pelakon Hollywood yang terkenal dilaporkan telah mengambil bahagian di dalam majlis peringatan Imam Hussein dengan menyertai perkumpulan orang Muslim di masjid Al-Khoie Faoundation yang terletak di Queen's Park